Make your own free website on Tripod.com

 

Home             

 

Latar Belakang Webmaster

Bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Machang dari tahun 1988 hingga 1989. Kemudiannya melanjutkan pelajaran ke salah sebuah institusi pengajian tinggi di utara Semenanjung

Terlalu banyak pengalaman yang ditempuhi semasa di sana yang mengajar kita erti kehidupan dan persahabatan.

Kepada kawan-kawan yang pernah bersama, saya amat menghargai apa jua sumbangan yang anda berikan semasa persahabatan kita semua.

Setelah melalui zaman remaja yang penuh keseronokan maka bermulalah kehidupan yang sebenar iaitu alam pekerjaan dan berkeluarga. Di waktu inilah watak kita yang sebenar akan terserlah dan keupayaan kita juga akan teruji. Anggaplah setiap pengalaman yang kita tempuhi sebagai pengajaran untuk kita jadikan pedoman hidup.

Ingatlah dunia ini hanya satu persinggahan yang sementara sebelum menuju ke suatu tempat yang kekal abadi.  Oleh itu gunakan ianya sabaik mungkin berlandaskan lunas-lunas agama Islam. Apapun pekerjaan yang kita lakukan sekiranya disertakan dengan niat yang betul, Insyaallah Tuhan saja yang tahu ganjarannya.

Wassalam

 

 

 

 

 

 

 

 

Dapatkan     Perisian Terjemahan Al-Quran di sini.