Make your own free website on Tripod.com

 

Home             

 

Pendapat yang mengharamkan insurans

Jawatankuasa Fatwa, Majlis Hal Ehwal Agama Islam Kebangsaan, dalam mesyuarat pada 15 Jun 1972, telah memutuskan bahawa insurans nyawa yang ada pada hari ini adalah suatu muamalat yang fasid kerana tidak sesuai dengan prinsip Islam dari segi akadnya, kerana mengandungi unsur-unsur yang tidak Islamik.

Selain itu, Kesatuan Fiqh Islam (Majma' Fiqh) yang diasaskan di bawah Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC), dalam mesyuaratnya di Jeddah pada 22-28 Disember 1995 memutuskan selepas mengkaji  semua jenis dan bentuk insurans, bahawa kontrak perniagaan insurans yang disediakan oleh syarikat insurans mengandungi unsur yang membawa kepada fasid iaitu gharar, maisir (judi) dan riba.

Daripada kedua-dua keputusan yang dicapai, jelas menunjukkan ulama sependapat bahawa kedua-dua jenis perniagaan hayat dan am adalah bercanggah dengan landasan syariah. Ini kerana polisi insurans adalah kontrak atau akad jualbeli. 

Jualbeli di dalam Islam

Di dalam Islam, jualbeli mempunyai rukun tertentu. sekiranya salah satu rukun itu tidak dipenuhi, maka akad jualbeli itu menjadi tidak sah. Gharar (tidak jelas) dilarang oleh Rasulullah mengikut sabda baginda yang bermaksud:

"Rasulullah (s.a.w) melarang jualbeli secara baling batu (al-hasah) dan jualbeli barang yang tidak pasti (al-gharar)"

(Riwayat Muslim)

Apa itu Gharar?

Gharar wujud dalam keadaan seperti berikut;

1. Tiada barang yang dijualbeli (akad jualbeli tanpa barang).

2. Ada barang tetapi tidak boleh diserahkan kepada pembeli.

3. Ada barang dan ia boleh diserahkan kepada pembeli tetapi ia tidak dapat ditentukan atau tidak jelas sama ada sifatnya, caranya, banyaknya atau lain-lain.

Dalam setiap urusan, Islam menekankanprinsip keadlian dan kebaikan. Oleh itu hendaklah kita mengelakkan perkara yang tidak jelas yang akan membawa keburukan kepada sebalah ataupun kedua-dua pihak yang terlibat.

Sesungguhnya Islam adalah rahmat kepada seluruh alam.

** Dipetik dari Persatuan Ulama Malaysia

Home ] Up ] Ilustrasi ] Soaljawab ] Artikel-artikel Menarik ] Khutbah ] [ Fatwa ] Laporan Tahunan ] Laman Berkaitan ]

 

 

 

 

 

 

 

Dapatkan     Perisian Terjemahan Al-Quran di sini.